Apr 26, 2012

Harapan dan Kembali


Ketika jiwa merasa kesal dan kecewa
Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan
Ketika harapan dirasakan tiada lagi....

" Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dan Tuhan.
Bila-bila masa sahaja, siapa saja insan itu, dimana saja dia berada, bangsa apa dia,
keturunan apa dia,
jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla, atau kembali  kepada Allah
Maka tidak pernah ada halangan"




A053
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Ketika diri tiada tempat untuk meluah
Melepaskan segala resah di jiwa
Istigfarla hanya pada Allah, kembali kepada Allah, minta ampun pada Allah

"Pintu keampunan Allah, Allah buka pada waktu siang untuk Dia mengampun orang yang berbuat dosa pada waktu malam




dan Dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk mengampun orang yang berbuat dosa pada waktu siang"




usah berputus asa dari rahmat Allah
Teruskan memperbaiki diri

"Seluas-luas pintu didalam islam adalah pintu TAUBAT"

Allah menyatakan : "wahai hambaku, jika dosamu itu sampai  ke langit, kemudian engkau beristigfar, engkau pohon keampunan daripadaku, 
Aku ampunkan engkau
Aku tidak peduli"

Tercoret satu kisah 

seorang hamba Allah ini melakukan maksiat. Dia ingin bertaubat dan ingin terus bermujahadah untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat nya lagi. sedang dia bermujahadah, dia TERGELINCIR.

kata Allah : hambaku itu tahu dia ada Tuhan  yang boleh ampunkan dosanya dan bertindak padanya, Aku ampun dia."

kemudian dia duduk beberapa lama, bertaubat sungguh-sungguh, kemudian tidak tahu bagaimana dia tergelincir lagi.

hamba Allah berkata : wahai tuhan , aku telah buat dosa lagi, ampunkanlah daku.

Allah berkata : hambaku itu tahu bahawasanya baginya ada Tuhan  yang boleh mengampunkan dosanya dan bertindak padanya, Aku ampun dia."

selagi mana dia ikhlas untuk bertuabat, dia tergelincir lagi.


Allah berkata : sesungguhnya hambaku itu tahu dia ada Tuhan  yang boleh ampunkan dosanya dan bertindak padanya, Aku ampun dia."







Disebut dalam kitab Sahih Muslim, riwayat dari Anas bin Malik., rasulullah SAW bersabda :


"Allah lebih bergembira dengan taubat seoerang hamba daripada keadaan seorang yang singgah di tempat sepi bersama dengan kenderaan nya yang memuatkan makanan dan minumannya. Kumudian, ia pun tertidur sejenak. Setelah ia bangun, kendaraan itu hilang entah kemana, lalu ia mendarinya kesana kemari sampai ia kepanasan dan merasa haus. Selanjutnya ia berkata, 'Aku akan kembali ketempat aku semula' . Ia pun kembali lantas tidur sejenak di tempat tersebut. Ketika terbangun, ia mendapati kendaraan nya berserta makanan dan minuman yang dibawa berada deka dengannya."




Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.















Read more...

Mar 27, 2012

Kita Ada Allah



Diam..

Sunyi..

Sepi..

Sendiri..


Menyentak sedar,

Dia Maha Pencipta,

Lalu menyendiri mentafakkur alam

Rupanya...

Luasnya langit tersedia menemani

Cuma,

Kadang diri terasing..

saat yang lain enggan memahami..

kadang diri terpulau,

saat yang lain enggan mengerti..

terasing

Meski mati rasa.

Dia menjadikan hidup hatiku..

Ya…

Aku masih ada Dia..

abadi dalam roh keimananan

biar melangkah sepi bersama sang peneman setia..

Biar kembali padaNya bersama sendiri itu..

Bukankah Dia berjanji:

Dan demi sesungguhnya, kami telah mencipta manusia dan kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya

[50:16]

Kita ada Allah..lebih dari sentiasa..

Read more...

Feb 19, 2012

lOvE...











Read more...

Feb 17, 2012

Pada-Mu hati bertaubat



Yaallah
berilah aku peluang untuk bertaubat sehingga aku dapat melakukannya,
berilah aku kemaafan
aku telah berbalut dan bergelumang dosa.
Ampunkan lah aku.


Yaallah
matikanlah aku dalam agama MU.
hidupkanlah hatiku pada hari hidupnya segala hati.
sembuhkanlah hatiku daripada apa yang telah membalut atau menyelubunginya.
sungguh penyakitku telah membuatkan aku lupa pada-MU.



Yallah
berilah aku peluang untuk dekat kepada-mu.
ampunkan segala kesilapanku
belas kasihanlah terhadapku agar aku hampir kepada-Mu.
celakalah malam yang aku padanya berbuat maksiat terhadap-Mu.
tidak ada alasanku lagi, aku sungguh telah berbuat maksiat terhadap-MU disebabkan kejahilan.
Betapa aku tidak menaruh rasa malu,
sedang Engkaulah satu-satunya yang sentiasa mengamat-amatiku.



Yallah
aku tunduk sujud pada-Mu, ampunkanlah segala dosa-dosa ku
aku hamba mu yang hina
aku hamba mu yang tidak kenal erti syukur
aku hamba mu yang melampaui batas
ampunkan la segala dosa-dosaku.

jika tidak pada mu, pada siapa kah lagi ingin aku moham keampunan.
hanya padamu kuberharap dan ku memohon ampun.



Read more...

Feb 16, 2012

Burung-burung yg sentiasa bertasbih kepada allah.











Read more...

Feb 15, 2012

keheningan pagi di UTP








Read more...

Feb 14, 2012

Siapa menjagamu




Sejauh-jauh mata memandang

Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu



Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu

Bumi akan sepi
Bangga sementara
adakah tempat kembali
selain Allah



Read more...