Apr 26, 2013

Siapa pernah rasa diri dia hanya layak tak berteman dan bersendiri.

Saat semua orang sibuk study week, 
tetiba hati teringin untuk shoot gamba malam-malam.
dan bagai orang ngatuk disorongkan bantal, 
ada akhwat ajak teman Taklim dia malam tu.
 katanya nak buat kat tasek or tempat-tempat yang best.
but then, bila pergi tasek UTP semuanye gelap,
 agaknya earth day hari tu kot.(ke memg gelap, x tahu pulak).

bawak la kereta rewang sana sini, dan akhirnya jumpa satu tempat.
 macam tempat nie ok je kot nak buat taklim.
 semua orang setuju, jadi bertaklim la kami disini malam study week tu.

Dengan camera yang ada kat tangan
sempat la saya shoot beberapa gambar malam tu.

tempat-depan chancellor complex UTP

Siapa pernah rasa diri dia hanya layak tak berteman dan bersendiri.


Jika pernah rasa, cepat-cepat buang perasaan tu.
kalau dibiarkan lama-lama, hati bukan lagi bersendirian , tapi akan ditemani mahluk bernama Syaitan.
 Dia akan cuba untuk membuatkan kita makin-makin bertambah rasa

" Semua orang tak paham aku"
"Aku ni sapa je yang nak dilihat or di tengok keadaan nya."
"Tahulah aku nie sape"
dan macam-macam lagi.

That y saya nasihatkan, cepat-cepat buang. 
Walau hakikat nya kita memang bersendiri, tapi kita kena tetap yakin bahawa 

Ada yang SETIA menemani kita saat orang lain sibuk membelakangi kita.

" Dan apabila hamba-hamba ku bertanya mengenai Aku kepada mu, maka beritahulah mereka seseungguhnya Aku (Allah) dekat."( Surah al-baqarah 2:186)

Ada yang tidak LETIH melemparkan TANGAN-NYA siang dan malam hari menunggu taubat kita di saat orang lain mencari-cari salah kita.

" Allah membukakan Tangan-NYA di waktu malam untuk memberi taubat kepada orang yang berbuat dosa pada waktu siang, dan Dia juga melemparkan Tangan-NYA di waktu siang untuk memberi taubat pada orang yang berbuat dosa pada waktu malam."(HR Muslim)

Ada yang tidak BOSAN menunggu kita sehinggakan kita yang merasa bosan meminta pada dia.

"Seseungguhnya Allah tidak akan bosan memberikan ampunan sampai seorang hamba itu bosan meminta ampun pada Nya."(Az-zubaidi dalam Ittihaf As-Saddah Al-Muttaqin)

Jadi, bila rasa(penyakit) seperti ini datang lagi, cepat-cepat buangkan nya, dan tambahkan perisa Keyakinan Allah itu ada dalam hati.
 Pasti hidup kita akan lebih bermakna.

syira_safie
-pesanan untuk diri sendiri- 

11 comments:

mufidah islami said...

B-)

bila rasa begitu, sebenarnya Allah sedang menawarkan kita untuk hanya bersendirian bersamaNya,
setelah kita hanya berjumpa denganNya pada ketika perlu dan mahu sahaja..

nursyahirah mohd safie said...

yea. btol. berdua-duaan la bersama Nya..

FRESHIE said...

NICE PIC! starburst lighting ;)

nursyahirah mohd safie said...

^_^

kredit to freshie juge..

analytical blue said...

Post menarik membawa seribu erti. ^_^
Keep it up syira!

nursyahirah mohd safie said...

teme kasih kak analytical blue..

srikandi said...

Bila rasa (penyakit) seperti ini datang lagi, cepat-cepat buangkan nya, dan tambahkan perisa Keyakinan Allah itu ada dalam hati.Pasti hidup kita akan lebih bermakna..
InsyaAllah.. kadang2 org yg nampak tidak bersendirian juga hatinya bersendirian dan sunyi kerana jauh dariNya..bertuahnya diri bila bersendirian tp hatinya penuh cintaNya, mengingatiNya, merasa dekat denganNya.. Subhanallah.. tak semua dapat rasa..

Subhanallah..Very Nice Picture. i LIKE. ;)

FRESHIE said...

tetibe rasa rindu plak nk tgk post dr blog analytical blue.. :)

seha shuhaili said...

subhanallah..nice pic.ssungguhnya penciptaan ssuatu kejadian Tuhan adalah untuk kita hayati dan rasai akn kewujudanNya..dan egtlah,kalu pun kita bersendirian di dunia ni,blum tentu pengakhirannya menyedihkan.. :)

...:: DAMAI KASIHMU::... said...

post yang menarik.. =) salam ukhuwah dari saya..

siti fatimah said...

:)

Post a Comment

Follow by Email