Feb 16, 2013

Nasihat di malam hari..

assalamualaikum wbt.

gambar nie diambil semasa dalam perjalanan nak ke MABIT(malam membina iman dan taqwa). Ada 20 minit lg sebelum start mabit, dan tetibe nampk 1 shoot yang menarik kat masjid an nur UTP.

alang-alang dah ada moment best nie, try la apa yang belaja waktu kelas photografi hari tu. erm nie la hasil nya.. 
x cantik mana pun. tp just nk share..


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT bagi orang yang berakal.(Yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka periharalah kami dari siksa  neraka"

"Celakalah orang yang membacanya tapi tidak bertafakur tentang kandungannya"
(shahih Ibnu Hibban)

mge bermanfaat untuk semua.  :)


Read more...

Feb 11, 2013

Nasihat si rama-rama :)


Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan dunia. Agar kami uji meraka dengan (kesenanganitu. karunia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.
(20:131)







dunia ini hanya seperti rama-rama yang cantik
indah dilihat, tapi akan lenyap dengan cepat.



Read more...

Feb 6, 2013

Hasil join bengkel fotografi...

Nama teknik nie Light Painting...
seronk main nie..

peralatan yang diperlukan  
  1. bunga api/sumber cahaya.
  2. Dslr
  3. Tripod



macam hantu pun ada kan?
tpi x sebenarnya, gamba nie ada 2 org jea. tp 2 org nie berada di byk kedudukan, n camera fokus pada setiap kedudukan dyeorang nie dalam 1 gambar.

punya canggih ciptaan manusia mewujudkan camera, tetapi lagi canggih ciptaan allah yang menciptakan manusia..

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan perbezaan malam dan siang adalah ayat (tanda) kepada orang yang mempunyai fikiran.” (Surah Ali-Imran: 190)

“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda (ayat-ayat) kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-An´am: 97)

kita (manusia) tahu semua nie, tp apa yang jadi sekarang adalah buat-buat x tahu..
so jom kembali beriman...

p/s : pada ikhwh akhwt yang minat nk belajar fotografi, leh la jumpe,blh la sy share ape yang sye dapt dalam bengkel nie..tak pandai pun lg, tp blh la nk share2.. 
"Dengan memberi akan membina kehidupan"

Read more...