Apr 26, 2012

Harapan dan Kembali


Ketika jiwa merasa kesal dan kecewa
Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan
Ketika harapan dirasakan tiada lagi....

" Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dan Tuhan.
Bila-bila masa sahaja, siapa saja insan itu, dimana saja dia berada, bangsa apa dia,
keturunan apa dia,
jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla, atau kembali  kepada Allah
Maka tidak pernah ada halangan"




A053
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Ketika diri tiada tempat untuk meluah
Melepaskan segala resah di jiwa
Istigfarla hanya pada Allah, kembali kepada Allah, minta ampun pada Allah

"Pintu keampunan Allah, Allah buka pada waktu siang untuk Dia mengampun orang yang berbuat dosa pada waktu malam




dan Dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk mengampun orang yang berbuat dosa pada waktu siang"




usah berputus asa dari rahmat Allah
Teruskan memperbaiki diri

"Seluas-luas pintu didalam islam adalah pintu TAUBAT"

Allah menyatakan : "wahai hambaku, jika dosamu itu sampai  ke langit, kemudian engkau beristigfar, engkau pohon keampunan daripadaku, 
Aku ampunkan engkau
Aku tidak peduli"

Tercoret satu kisah 

seorang hamba Allah ini melakukan maksiat. Dia ingin bertaubat dan ingin terus bermujahadah untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat nya lagi. sedang dia bermujahadah, dia TERGELINCIR.

kata Allah : hambaku itu tahu dia ada Tuhan  yang boleh ampunkan dosanya dan bertindak padanya, Aku ampun dia."

kemudian dia duduk beberapa lama, bertaubat sungguh-sungguh, kemudian tidak tahu bagaimana dia tergelincir lagi.

hamba Allah berkata : wahai tuhan , aku telah buat dosa lagi, ampunkanlah daku.

Allah berkata : hambaku itu tahu bahawasanya baginya ada Tuhan  yang boleh mengampunkan dosanya dan bertindak padanya, Aku ampun dia."

selagi mana dia ikhlas untuk bertuabat, dia tergelincir lagi.


Allah berkata : sesungguhnya hambaku itu tahu dia ada Tuhan  yang boleh ampunkan dosanya dan bertindak padanya, Aku ampun dia."







Disebut dalam kitab Sahih Muslim, riwayat dari Anas bin Malik., rasulullah SAW bersabda :


"Allah lebih bergembira dengan taubat seoerang hamba daripada keadaan seorang yang singgah di tempat sepi bersama dengan kenderaan nya yang memuatkan makanan dan minumannya. Kumudian, ia pun tertidur sejenak. Setelah ia bangun, kendaraan itu hilang entah kemana, lalu ia mendarinya kesana kemari sampai ia kepanasan dan merasa haus. Selanjutnya ia berkata, 'Aku akan kembali ketempat aku semula' . Ia pun kembali lantas tidur sejenak di tempat tersebut. Ketika terbangun, ia mendapati kendaraan nya berserta makanan dan minuman yang dibawa berada deka dengannya."




Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.














3 comments:

mufidah islami said...

selamanya Allah akan bersama kita, selagi kita merasakan Allah dekat dengan kita :)

S.I.F.U said...

subhanallah,maha pengampunnya Allah..rasa terbooster baca,cm x puas tgh2 baca cerita yg berdialog tu tiba2 dh hbs...but kisah yg menarik mmg selalu berlaku tp kdg2 ada manusia x sedar..bila dh tergelincir x de effort nk baiki balik..nauzubillah,mntk jauh dr kita semua..

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=TCPpAbz5whk

Post a Comment