Nov 8, 2012

Yang Terakhir

      assalamualaikum wbt...

Syukur pada allah yang masih mengaruniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat. Rasanya aku telah menemukan kekasih 
yang jauh lebih baik dari mu
Yang tek pernah mengantuk, dan tak pernah tidur. 
Yang siap terus menerus memperhatikan dan menguruskan ku. 
Yang selalu bersedia berduaan di sepertiga terakhir malam ku.
 Yang siap memberi apapun yang ku pinta. 
Ia yang bertahta berkuasa dan milik segalanya.

maaf ....
Tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding Dia yang maha agung. 
Kau lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya.
 Aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya murka.

....
Belum terlambat untuk kita bertaubat. 
Apa yang telah dilakukan selama ini pasti akan di tanya oleh Nya. 
Ia bisa marah .... 
Marah tentang apa yang dah kita lakukan selama ini. 
Marah kerana pernah ketetapanNya kuadukan padamu. 
Marah kerana lamunanku yang selalu membayangkan wajahmu. 
Ia bisa Marah..

Tapi sekali lagi, semua itu belum terlambat. kerana, 


يا بن ادم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان ولا أبالي , يا بن ادم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك , يا بن ادم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئاً لأتيتك بقرابها مغفرة - رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح


Dari Anas radhiallahu 'anhu, ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Allah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”. (HR. Tirmidzi, Hadits hasan shahih)

Sungguh Allah maha pengasih dan maha penyayang.

....
jom, kita sama-sama menyerahkan cinta hanya padaNya, tidak pada selainNya. 
Bukan cuma saya, tetapi kamu juga.
 Kamu juga boleh menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.



 Carannya hanya satu, Kita jauhi semua larangannya. Insyaallah, Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau kita selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, pasti akan ditemukan kita bukan di daurah, di muqayam, di program, tetapi di tempat yang kekal abadi-di Syurga. moga sama-sama kita mendoakannya.

....
Aku akan segera menghapuskan namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara di jalan Allah. Ya saudara, kerana itulah yang terbaik. Bukan hanya kita, tapi seluruh orang mukmin di dunia ini. Tidak mustahil itulah jalan yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah di telaganya, lalu diberi minum dengan air yang lebih manis dari madu dan lebih lembut dari susu.

Jadi Mari kita sama-sama meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang ini. Biarlah hidup kita ini mungkin hanya akan dipenuhi dengan mencuba dan mencuba, tidak mengapa, Kerana mungkin allah menetapkan kehidupan kita begini. Sungguh pintu syurga alllah itu banyak.

akhir kata buat ....
padamkan saja nama ku dalam memori mu.insyaallah jika jalan yang sudah ditetapkan ini betul, kita pasti akan menemui pintu keluar dari semua ini. insyaallah.

pelangi pasti kan muncul juga, mungkin besok, bulan depan, tahun depan atau
mungkin juga pelangi kan muncul tetapi di dunia yang berbeza, dunia yang kekal abadi selamanya.


* Pada sesiapa yang tidak sanggup untuk memutuskan couplenya atau berjumpa kekasih hatinya dengan tujuan untuk break, senanag saja, salin saja coretan ini dan hantarkan pada nya. dia pasti mengerti...

1 comments:

berkongsiAPA-YANGpatut said...

ku tak mahu padam namamu dari memoriku. kerana kau akhwatku yang palinggggg.. erk, paling ape eh.. humm.. paling sweet dalam diam. kikikiki.. samasama deh ingt mengingatkan utk terus memutihkan hati yg serba kuning ni ^_^

Post a Comment